Wednesday, June 8, 2016

INTRO : Kenapa saya guna tagline B.U.A.T ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alahamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam. Syukur kerana pada hari ini saya akhirnya berjaya buat satu blog "BUAT' ini bersesuaian dengan singkatan bagi 'Bijak Urus Aliran Tunai'. Kenapa saya menggunakan tagline tersebut adalah kerana saya ingin mencurahkan ilmu yang saya ada ini bagi membantu sesiapa sahaja yang ingin memahami kaedah mudah dan bijak cara menguruskan aliran tunai dan juga perakaunan bagi yang belum tahu kaedah dan caranya. Bagi yang sudah tahu, alhamdulillah, anda adalah seorang yang berjaya dalam kewangan dan akaun dan amat rugi jika tidak diajar kepada orang yang belum mengetahuinya.




"Kenapa saya nak share?"

Saya lihat ramai peniaga-peniaga baru dan lama kurang mahir malah tidak mempunyai ilmu langsung mengenai kaedah pengurusan kewangan dan aliran tunai apatah lagi pengurusan akaun".








Terkesan dengan keadaan tu, saya terdetik mahu membantu mereka diluar sana dan juga pembaca blog ini khususnya agar mereka lebih berjaya dalam apa-apa bidang perniagaan sekalipun dengan mempunyai ilmu pengurusan akaun dan kewangan yang lengkap.

Sila ikuti blog saya dan saya akan sharing info-info menarik dan sesi pembelajaran yang mudah difahami.

Terima kasih kepada yang follow saya..

Assalamualaikum...